Thursday 31 March 2011

Taman Agroteknologi Mardi

0 comments | Read more...
Taman AgroTeknologi Mardi ialah sebuah agensi kerajaan yang membuat penyelidikan dan pembangunan teknologi tanam-tanaman tanah tinggi. Stesyen ini pada awalnya ditubuhkan oleh pihak british pada 1925 sebagai Federal Experimental Station. Pada tahun 1957 stesyen ini diletakkan di bawah Jabatan Pertanian dan diambil alih oleh Mardi pada tahun 1971. Objektif penubuhan taman ini ialah untuk pembelajaran dan pendidikan, pemindahan teknologi dan agro pelancongan sesuai dengan moto Mardi - Pemimpin Agro Teknologi. Taman ini terletak kira-kira 500 meter dari Bandar Tanah Rata. Ianya dibuka setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM 3.00, kanak-kanak RM 1.50 dan percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. Taman ini juga menawarkan pakej untuk pengunjung yang datang menggunakan bas iaitu pengunjung dewasa sebanyak RM 80.00 dan RM 40.00 bagi kanak-kanak sekolah. Antara yang terdapat di sini ialah Taman Inggeris, Kebun Strawberry, Kebun Teh, Plot Bunga-Bungaan, Plot Sayur-Sayuran, Plot Anggur, Plot Organik, Plot Kajian Tanaman, Taman Ros, Taman Herba, Rumah Orkid, Rumah Penginapan Inggeris, Museum Teh, Pusat Jualan dan lain-lain. Selamat berkunjung!.
 
 

Pintu masuk utama ke Taman Agro Teknologi Mardi Cameron Highlands.
Kelihatan bangunan pentadbirannya di belakang.


 Pokok bunga menjalar yang dipanggil lady shoes ini sememangnya unik dan cantik.


Kilang teh tertua di Malaysia ini terletak di dalam kawasan Mardi Cameron Highlands.
 

 Kebun jabuticaba (myrciaria cauliflora) ini kelihatan seperti kebun anggur.
Tumbuhan ini hanya terdapat di sini.


  Inilah buah jabuticaba yang berbentuk bulat berwarna hitam dan rasanya masam-masam manis.
  Pasti anda ingin mencubanya.


 Diantara jenis bunga-bungaan yang terdapat di sini.

 
 Kebun Strawberry. Anda boleh membeli dan menikmati buah strawberry segar di sini.
  
 
Cafe yang terletak di belakang bangunan pentadbiran.



Wednesday 30 March 2011

Penginapan

1 comments | Read more...
Terdapat banyak jenis penginapan yang ditawarkan untuk anda dan keluarga terutamanya di sekitar Tanah Rata dan Brinchang. Dari jenis homestay, apartment percutian, hotel bajet sehinggalah hotel bertaraf bintang. Terdapat juga hotel-hotel yang menyediakan pakej untuk kursus dan persidangan. Tempat penginapan ini akan menjadi sesak dengan pengunjung terutamanya ketika musim cuti dan perayaan. Anda mungkin terlepas peluang bercuti di Cameron Highlands jika lewat membuat tempahan terutamanya pada waktu puncak. Tempahan boleh dibuat melalui lawan-laman web yang disediakan. Terpulang kepada anda untuk memilih jenis dan lokasi penginapan. Yang penting pastikan wang anda mencukupi. Dipaparkan gambar-gambar antara tempat-tempat penginapan yang terdapat di sekitar Tanah Rata dan Brinchang Cameron Highlands.




 Apartment Royal Lily T.Rata.


 Apartment Carnation Park, T.Rata. 


 Apartment Puncak Arabella, T.Rata.


 Apartment Greenhill, T.Rata.


 Hotel Heritage, T.Rata.


 Hotel Century Pines, T.Rata.


 Hotel Cool Point, T.Rata.


 Apartment Iris House, T.Rata. 


 Hotel Smoke House, T.Rata.


  Hotel Titiwangsa, Brinchang.


 Hotel Iris House, Brinchang.


 Hotel Rosa Passadena, Brinchang.


 Hotel Star Regency, Brinchang.


 Cameron Highlands Resort, T.Rata.


 Hotel Casa De La Rosa, T.Rata.


 Apartment Dahlia, T.Rata.


 Apartment Desa Anthurium, T.Rata.


 Hotel Strawberry Park, T.Rata.


 Hotel De La Fern, T.Rata.


 Hotel Equatorial, Kea Farm, Brinchang.


Rumah Peranginan Persekutuan, T.Rata.






Tuesday 29 March 2011

Cuaca dan Suhu.

0 comments | Read more...
Tanah Tinggi Cameron mengalami iklim sederhana. Bacaan suhu harian adalah antara 12°C hingga 26°C. Pada awal pagi bacaan suhu adalah antara 13°C - 16°C dan akan meningkat kepada 23°C - 26°C pada waktu tengahari. Suhu akan jatuh semula menjadi 12 °C - 15°C  pada waktu malam. Perubahan cuaca harian di Cameron Highlands agak ekstrem dan sukar diramal. Hujan sering turun di daerah ini yang biasanya didahului dengan kemunculan kabus tebal yang menyerbu dari  celah-celah pergunungan. Cuaca akan menjadi lebih sejuk pada bulan Disember hingga Februari. Menginap di sini anda tidak perlu memasang kipas angin atau aircond. Anda hanya perlu menyediakan baju bulu dan selimut tebal. Suasana malam yang tenang, dingin dan nyaman amat mudah untuk melelapkan mata dan tempat yang sesuai bagi anda yang gemar membaca. Anda pernah mandi waktu pagi di Cameron Highlands tanpa pemanas air? Anda perlu mencubanya!.


 Skrin menara info di Taman AgroTeknologi Mardi memaparkan bacaan biasa 
pada jam 7.20 pagi


Bacaan suhu pada jam 1.30 tengahari.

Monday 28 March 2011

Bandar Tanah Rata

1 comments | Read more...
Bandar Tanah Rata adalah pusat bandar utama di Cameron Highlands. Di bandar ini letaknya  pusat pentadbiran kerajaan dan pusat perniagaan. Tanah Rata mendapat namanya dari penemuan dan penempatan awal di kawasan tanah yang rata. Ianya terletak kira-kira 209 km dari Kuala Lumpur, 60 km dari Tapah, 87 km dari Simpang Pulai, Ipoh dan 110 km dari Gua Musang. Anda juga boleh sampai ke sini melalui jalan Raub - Sg.Koyan sejauh 150 km. Seperti pusat bandar yang lain, bandar ini juga menerima pembangunan infrastruktur yang pesat. Terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai jenis barangan, cenderahati, dan aneka makanan. Perkhidmatan pengangkutan, pusat info pelancongan, cafe, spa, homestay dan hotel juga ditawarkan. Bandar ini juga tidak terlepas dari kesibukan dan kesesakan ketika musim cuti. Tempat-tempat menarik yang perlu anda lawati di sekitar bandar ini ialah Taman Agroteknologi Mardi, Robinson Waterfall, Parit Fall, Kampung Taman Sedia dan Ladang Teh Bharat.




Jarak kilometer dari bandar Tanah Rata  melalui jalan
Ringlet dan Tapah


Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Pahang.


Antara institusi kewangan yang terdapat di bandar ini.

Deretan kedai  yang sedia menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada anda.


Jalan utama ini akan menjadi sesak ketika musim cuti sekolah.


Terminal Freesia. Terminal bas dan teksi ke Kuala Lumpur dan Ipoh


Perkhidmatan bas ekspress dari Kuala Lumpur dan Ipoh juga disediakan

Pusat rekreasi yang terletak di kampung Taman Sedia

































Sunday 27 March 2011

Pekan Brinchang

0 comments | Read more...
Pekan Brinchang terletak kira-kira 5 km dari Tanah Rata. Brinchang adalah antara Pekan tersibuk dengan aktiviti perniagaan dan pelancongan. Pekan ini akan dipenuhi para pelancong tempatan dan pelancong asing seawal jam 4 pagi terutama ketika musim cuti sekolah atau cuti umum. Tarikan utama di sini ialah Pasar Malam Brinchang yang menawarkan pelbagai pilihan barangan, kedai pakaian dan cenderamata, pusat tanaman/jualan bunga-bungaan, strawberry & sayur-sayuran serta tempat-tempat penginapan.



Bandar Brinchang yang kian pesat membangun. Kelihatan bangunan
Crown Imperial Court di belakang.

 Suasana lengang akan berubah wajah bila tiba musim cuti sekolah atau cuti umum.  

 Hotel Star Regency. Satu daripada mercu tanda di Pekan Brinchang.

 Pasar malam Brinchang. Tarikan utama di sini.

 Antara produk tanah tinggi dan barangan yang ditawarkan di sini.

 Kebanyakan bentuk bangunan di Cameron Highlands mempunyai ciri-ciri tudor.

























Thursday 24 March 2011

Kg.Tradisional Taman Sedia

0 comments | Read more...

Satu daripada tarikan di Cameron Highlands ialah kampung tradisional Taman Sedia. Kampung ini terletak hanya kira-kira 600 meter dari Pekan Tanah Rata. Ianya merupakan kampung penempatan melayu yang pertama di daerah ini. Ianya dibuka oleh orang-orang melayu pada tahun 1959 dan dimajukan oleh LKNP pada 1969. Menurut dongeng dahulukala kampung ini merupakan sebuah taman bunian yang sangat indah. Oleh kerana taman ini telah tersedia sejak dahulu lagi, tempat ini terus dikenali sebagai Kampung Taman Sedia yang bermaksud taman yang telah tersedia. Kini terdapat sebanyak 55 buah rumah dengan penduduk seramai 300 orang. Selain dari pengusaha kebun strawberry, kebun sayur, kedai cenderahati dan chalet para pengunjung juga boleh menikmati produk dan buah strawberry segar yang dijual di kedai-kedai di sepanjang jalan kampung ini. Ianya juga merupakan satu daripada persinggahan wajib para pelancong.



 
       Pintu gerbang yang sentiasa menyambut kedatangan pengunjung. 
    Jalan masuk ke Kampung Taman sedia dari Pekan Tanah Rata
                  

 Replika segar. Dataran Info Kg.Taman Sedia.


 
Selain barangan cenderahati dan bunga-bungaan penginapan juga ditawarkan.
                          Antara premis yang menjual produk strawberry.Taman Agro Al Mashoor


HAS'R Strawberry


 
                                      Jalan masuk hanya kira-kira 1.8 km dari Pekan Brinchang.


Pemandangan Kampung Taman Sedia dari atas.
Foto dari Jalan utama antara Tanah Rata dan Brinchang.













Site Info

Statistik

Total Pageviews