Terdapat sebuah lagi ladang teh Boh yang tidak kurang menariknya untuk dilawati. Ianya juga adalah ladang milik Boh Plantations yang terletak kira-kira 3 km dari Pekan Ringlet dan 6 km dari jalan utama (berhampiran pekan kecil Habu). Ladang ini juga dikenali sebagai Ladang Teh Boh Farlie. Ianya kurang dilawati mungkin kerana tidak sepopular ladang teh Boh Sg.Palas dan lokasinya juga terletak lebih kurang 15 km dari Tanah Rata. Ladang teh ini dibuka pada jam 9 pagi dan ditutup jam 4.30 petang. Namun begitu anda boleh meminta kebenaran dari Guard jika terlewat untuk masuk. Keluasan ladang dan kehijauan bukit-bukau yang dipenuhi pokok teh di sekeliling cukup mengkagumkan lebih-lebih lagi jika dihiasi dengan kehadiran kabus dingin. Keistimewaan ladang ini ialah ia mempunyai satu view point yang terletak di atas sebuah bukit setinggi 174 meter. Anda boleh mendaki sehingga ke puncak sambil merakam gambar. Datanglah berkunjung kerana kepuasan tidak dapat dirasai jika anda tidak menerokanya sendiri. Sememangnya kunjungan anda ke sini tidak akan mengecewakan.
Jalan dari Pekan Ringlet ke Tanah Rata. Simpang masuk ke kanan adalah jalan masuk ke ladang teh Boh Habu. Ramai pengunjung tidak menyedari kewujudan ladang ini.
Perlu berhati-hati dengan bentuk jalan yang kecil dan berliku-liku.
Jangan lupa menekan hon bila melalui selekoh tajam.
Jalan masuk ke pusat ladang teh akan melalui kawasan rumah pekerja ladang. Lihat sahaja warna cat rumah yang sinonim dengan warna daun teh.
Pandangan hadapan kawasan ladang teh. Di sini juga terdapat cafe dan di sebelahnya adalah
kilang memproses teh.
Lelah juga untuk mendaki hingga ke puncak. Namun pendakian akan diiringi dengan bau aroma
daun teh yang menyegarkan dari kilang pemprosesan yang terletak di bawah bukit.
Mercu tanda. Di puncak view point terdapat satu pencawang telekomunikasi.
Ladang teh Boh dan kilang memproses teh dilihat dari atas puncak.
Seluas mata memandang.
Satu lagi panorama indah yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.
Suasana unik di Tanah Tinggi. Kabus dingin yang hadir menyerbu secara tiba-tiba dari celah-celah bukit.
No comments:
Post a Comment