Wednesday, April 02, 2025

  • Perjalanan Dari Bandar Gua Musang Ke Cameron Highlands.

    Perjalanan dari arah Gua Musang ke Cameron Highlands adalah sejauh 112 km. Jalan ini adalah jalan penghubung Negeri Kelantan, Negeri Pahang sehinggalah ke Simpang Pulai, Perak - Laluan di sebelah Utara Timur Laut Semenanjung Malaysia. Perjalanan dari Gua Musang ke Cameron Highlands akan mengambil...
  • Ladang Teh Boh, Habu Ringlet.

    Terdapat sebuah lagi ladang teh Boh yang tidak kurang menariknya untuk dilawati. Ianya juga adalah ladang milik Boh Plantations yang terletak kira-kira 3 km dari Pekan Ringlet dan 6 km dari jalan utama (berhampiran pekan kecil Habu). Ladang ini juga dikenali sebagai Ladang Teh Boh Farlie. Ianya...
  • Perkhidmatan Afwans Katering Cameron Highlands

    Salam kepada semua pengunjung-pengunjung Tanah Tinggi Cameron Highlands. Kami di Afwans Enterprise Cameron Highlands menawarkan pembekalan makanan secara bungkus kepada semua rombongan yang berkunjung ke tempat peranginan ini. Harga yang ditawarkan oleh Afwans Enterprise adalah seperti...
  • Kea Farm

    Kea Farm adalah satu tempat persinggahan dan pusat jual beli harian yang sentiasa dikunjungi tanpa mengikut musim. Biasanya pengunjung akan datang ke sini untuk membeli sayur-sayuran dengan jumlah yang banyak untuk dibawa pulang. Kea Farm terletak lebih kurang 15 km dari Kg.Raja dan 3 km dari Pekan...
  • Cuaca dan Suhu.

    Tanah Tinggi Cameron mengalami iklim sederhana. Bacaan suhu harian adalah antara 12°C hingga 26°C. Pada awal pagi bacaan suhu adalah antara 13°C - 16°C dan akan meningkat kepada 23°C - 26°C pada waktu tengahari. Suhu akan jatuh semula menjadi 12 °C -...
  • Aktiviti Jungle Walk di Sg.Burung, Brinchang.

    Di Cameron Highlands terdapat sebuah bukit yang tidak diketahui namanya setinggi bangunan 15 tingkat yang berdiri megah di belakang kuarters JKR, Sg.Burung. Kami memulakan pendakian seramai 10 orang termasuk 6 orang rakan kecil kami yang berminat dalam aktiviti ini. Kami memulakan langkah awal...

About


Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Mukabumi.

Pengunjung boleh ke sini dari Tapah, Perak.Jalan dari Simpang Pulai, Ipoh juga boleh sampai ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar. Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang, Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point, Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf. Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. di sini juga terletaknya Gunung Beremban, Gunung Jasar , Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet dan Kampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik.

Sejarah

Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.

Keistimewaan.

Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.

Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia

Sumber: Wikipedia

P.S: Jika anda rasa artikel ini dapat memberi manfaat, minta tolong anda share di facebook, blog, twitter, dan email anda ya. Klik button share di bawah ek. Terima kasih.

Site Info

Statistik

Total Pageviews