Friday, 13 July 2012

Destinasi Cameron Highlands: Perubahan Tanah Rata

1 comments | Read more...
Pelancong yang ingin mengetahui asal-usul dan sejarah mengenai Tanah Rata mengunjungi Galeria Time Tunnel yang terletak di Brinchang.

Jarak Tanah Rata ke Brinchang sekitar lima kilometer (km).

Di Galeria Time Tunnel, pengunjung berpeluang membaca kisah-kisah menarik mengenai pekan Tanah Rata. Antaranya foto hitam putih yang mempamerkan suasana pekan berkenaan sekitar tahun 1930-an sehinggalah hari ini.

"Seperti pekan-pekan lain, Tanah Rata juga melalui proses perubahan dari segi pembangunan dan penambahbaikan. Sekitar tahun 1930-an, Tanah Rata ibarat sebuah pekan ala koboi.

"Ia hanya terdiri daripada deretan kedai yang diperbuat daripada kayu. Jalan raya tidak bertar dan penduduk pada waktu itu menjalankan aktiviti harian dengan menaiki basikal atau motosikal," terang pemilik Galeria Time Tunnel, See Kok Suen, 49.

Bagaimanapun, sekitar tahun 1940-an, berlaku perubahan pada deretan kedai di Tanah Rata apabila bangunan tersebut didirikan menggunakan batu-bata.

Pada masa itu, rata-rata jalan utama di Cameron Highlands berlantaikan tanah merah. Hari ini ia telah diturap dengan tar. Sebahagian besar penduduk Cameron Highlands lebih selesa menggunakan pacuan empat roda manakala sebahagian besar hanya berkemampuan memiliki basikal yang dijual pada harga antara RM30 hingga RM80. Kebanyakan basikal berkenaan merupakan jenama antarabangsa seperti Raleigh dan Robin Hood.


Bank Pertama

Lewat 1940-an, tiada banyak perubahan berlaku di Tanah Rata kecuali kewujudan bank Hong Kong and Shanghai Banking Corporation (HSBC) pada tahun 1945. Ia merupakan bank pertama di Cameron Highlands yang masih beroperasi sehingga ke hari ini.

"Ramai yang terkejut bagaimana bank HSBC boleh dibuka di sebuah pekan kecil padahal umum mengetahui biasanya ia beroperasi di bandar besar. Pembukaan bank ini bertujuan untuk kemudahan residen Eropah yang bekerja dan bercuti di Cameron Highlands melakukan transaksi kewangan.

"Selain bank HSBC, pada tahun yang sama, Tanah Rata juga mempunyai sebuah hospital iaitu Hospital Militari British," terang See yang mengambil keputusan membuka sebuah muzium masa pada tahun 2007 bagi menyimpan serba sedikit peninggalan sejarah mengenai Cameron Highlands.

Adakah Cameron Highlands hanya sesuai dikunjungi dalam kalangan mereka yang berkeluarga? Bagi Aziha Abdul Aziz, 30, dia gemar bersantai di Cameron Highlands bersama teman ataupun keluarga.

Destinasi percutian yang kaya dengan khazanah hutan semula jadi itu menjadi pilihan Aziha untuk berehat serta melupakan seketika hiruk-pikuk kota.

Aziha yang menetap di Petaling Jaya, Selangor itu menjelaskan, keistimewaan Cameron Highlands terletak pada cuacanya yang sejuk dan keindahan persekitaran yang terjaga meskipun terdapat banyak pembangunan.

"Cameron Highlands mengalami banyak transformasi dari aspek pembangunan moden terutamanya pekan Tanah Rata. Dulu lain, sekarang pun lain. Saya cukup tertarik dengan sejarah dan cerita tentang Tanah Rata yang dipamerkan di Galeria Time Tunnel.

"Sebelum ini terdapat beberapa buah kedai sahaja di Tanah Rata tetapi kini ia semakin maju seiring dengan peredaran semasa. Boleh dikatakan segala-galanya ada di sini," terang Aziha yang teringat zaman kanak-kanaknya apabila melihat bahan pameran yang terdapat di Galeria Time Tunnel.

Dalam pada itu, seorang pelancong dari Australia, Greg Don menyifatkan Cameron Highlands merupakan salah sebuah destinasi pelancongan yang menarik dan menenangkan fikiran. Pertama kali menjejakkan kaki pada awal Februari lalu, Don terpaku dengan kecantikan flora dan fauna yang terdapat di tanah tinggi itu.


 Dia tidak menyangka kawasan tanah tinggi bersuhu dingin itu masih kekal hijau dan menyajikan persekitaran yang bersih meskipun aktiviti pembangunan tiada bernoktah.

"Perkara yang paling saya kagum ialah struktur jalan rayanya yang baik dan dikelilingi pepohon hijau. Sistem pembangunannya juga agak tersusun.

"Brinchang terkenal dengan lokasi yang menawarkan kepelbagaian makanan dan kedai serbaneka manakala Tanah Rata pula sebuah pekan yang menyediakan institusi kewangan, restoran, pusat informasi, klinik kesihatan dan stesen perhentian bas. Pengunjung juga berpeluang menikmati secawan kopi di kopitiam atau Starbucks di sini," terang Don yang melawat Cameron Highlands bersama isteri, Nicole Don, 54.

Menurut salah seorang staf dari agensi pelancongan Hill Top Travel & Tour Sdn. Bhd., Budi Utomo, 23, pekan Tanah Rata sentiasa menjadi tumpuan pelancong kerana terdapat banyak kaunter agensi pelancongan di pekan tersebut.

Bagi mereka yang baru pertama kali berkunjung ke Cameron Highlands terutama pelancong asing, biasanya cenderung mendapatkan perkhidmatan agensi pelancongan untuk meneroka keindahan di tanah tinggi itu.

"Biasanya masyarakat tempatan suka bersiar-siar sendiri. Pelancong tempatan suka menghabiskan masa di ladang teh, ladang strawberi, membeli sayur-sayuran dan ke kedai kaktus.

"Pelancong asing lebih selesa sekiranya percutian mereka dibantu oleh pemandu pelancong. Mereka lebih suka memilih pakej kembara lasak seperti aktiviti merentas hutan, air terjun dan demonstrasi menyumpit," terang Bayu bahawa Disember dan Januari merupakan bulan paling sibuk bagi kebanyakan agensi pelancongan di tanah tinggi itu.

Sumber: Kosmo Online

Wednesday, 27 June 2012

Destinasi Cameron Highlands: Dulu pekan kecil, kini tarikan pelancong

1 comments | Read more...
 Sumber gambar: Kosmo online

KEPULAN kabus putih yang melitupi sebahagian besar kehijauan di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands sudah cukup untuk menterjemahkan suasana pada awal pagi itu.

Dengan persekitaran sebegitu adalah mustahil jika seseorang boleh keluar rumah hanya memakai sehelai kemeja tipis yang berlengan pendek tanpa baju sejuk atau stokin. Namun, itu cerita tiga dekad lalu. Kini, pakaian senipis itu sudah memadai walaupun pada awal pagi.

Suprumanian Karuppichu, 58, mengakui suhu di Tanah Rata, Tinggi Cameron, Pahang, tidak sama seperti dahulu. Seingatnya sekitar tahun 1960-an, tahap kesejukan di tanah tinggi itu mencecah antara 14 hingga 15 darjah Celsius.

"Dulu, kami wajib memakai baju sejuk beberapa lapis, sarung tangan dan topi untuk memanaskan badan. Di rumah pula, saya sentiasa memanaskan badan di depan pendiang api sambil menikmati minuman panas.

"Hari ini senario telah berubah. Cuaca di Cameron Highlands sudah tidak begitu sejuk. Mungkin disebabkan pembangunan pesat di daerah ini. Sebelum ini kawasan Tanah Rata dipenuhi dengan rimbunan pokok dan udaranya bebas habuk," kata Suprumaniam yang dibesarkan di Tanah Rata.

Menurut Suprumaniam, Tanah Rata merupakan pekan pertama yang dibuka dan beroperasi di Cameron Highlands. Penduduk setempat kerap berkunjung ke pekan itu kerana ia menjadi pusat pentadbiran, komersial dan komunikasi sekali gus menjadi tumpuan pelancong.

Bahkan, deretan kedai serbaneka, bank, pejabat pentadbiran, sekolah dan stesen bas utama yang menghubungkan penduduk di Cameron Highlands dengan masyarakat luar terletak di Tanah Rata.

 

"Tanah Rata hanya sebuah pekan kecil yang memberi kemudahan kepada masyarakat tempatan untuk melakukan urusan kewangan, peribadi dan membeli barang dapur. Selain bank, di sini juga terdapat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), klinik, kedai telefon bimbit dan taman istirehat," tambah Suprumaniam yang bekerja sebagai pemandu teksi di Cameron Highlands.

Cameron Highlands merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Ia terletak setinggi 1,829 meter dari paras laut dan mempunyai suhu antara 18 hingga 24 darjah Celsius.

Pusat peranginan tersebut mendapat nama daripada seorang pegawai Inggeris, William Maxwell William Cameron yang menjalankan kerja-kerja ukur dan membuat peta di kawasan itu pada tahun 1885.
Beliau mendapati kawasan berkenaan mempunyai sebahagian besar tanah yang sedikit rata dan bercerun serta sesuai dijadikan penempatan.

Malangnya, idea itu dipandang sepi sehinggalah dua dekad kemudian seorang pegawai Inggeris, Sir George Maxwell, membangunkan dua buah kawasan yang dikenali sebagai Brinchang dan Tanah Rata iaitu kawasan yang menempatkan pentadbiran dan perumahan pegawai Inggeris. Sekarang, Cameron Highlands menjadi destinasi pilihan kepada pelancong. 

Sumber: Kosmo Online

Wednesday, 4 April 2012

Khidmat Sewaan Apartment Dihentikan!

0 comments | Read more...



Pihak kami menerima banyak panggilan untuk tujuan sewaan apartment. Untuk makluman anda, pihak kami terpaksa hentikan khidmat sewaan apartment untuk sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Harap maaf. Buat masa sekarang, tiada lagi tawaran sewaan apartment sehingga lah diberitahu kelak.

Sila layari facebook kami di pautan bawah ni:

www.facebook.com/destinasicameronhighlands

Tuesday, 6 March 2012

Perkampungan Orang Asli Cameron Highlands: Destinasi Bah Renyis

3 comments | Read more...
Nama Bah Renyis mungkin tidak pernah kedengaran di deria pendengaran kita. Mungkin nama yang asing bagi kita yang tidak pernah menjejaki kaki kat sana. Perkampungan orang asli Cameron Highlands Bah Renyis terletak jauh di dalam hutan Cameron Highlands. Untuk pergi ke perkampungan Bah Renyis, anda terpaksa melalui Pos Mensoon, beberapa batu antara Lembah Bertam dan Pos Telanok. Di Pos Mensoon ini lah mempunyai pusat kelompok kampung-kampung Orang Asli yang lengkap dengan sekolah dan asrama. Anda perlu melalui jalan tanah merah yang berlubang dan berbatu-batu besar terbonjol di sana sini. Sejam membetis, anda perlu meniti batang kayu merentangi sebuah sungai kecil. Sebuah kampung Orang Asli dengan sembilan buah rumah (pondok). Dua jam off road mendaki banjaran Titiwangsa yang begitu mencabar dan satu jam berjalan kaki menuruni kaki gunung yang membuatkan kaki bagai mahu tercabut. Terletak jauh di tengah rimba, tidak menghairankan jika semua kanak-kanak yang dilahirkan di sini tidak pernah menjejak kaki ke sekolah.


















Bagi anda yang mencintai keindahan hutan, di sini lah tempatnya. Pemandangan yang cantik dengan gunung ganang yang berkabus. Satu destinasi Cameron Highlands yang indah dan tenang sesuai untuk mereka yang mencintai alam semulajadi. Namun perlu diingat, anda perlu bersusah payah terlebih dahulu untuk sampai ke perkampungan Bah Renyis, satu destinasi Cameron Highlands pilihan. Ini lah keunikan dan keindahan Cameron Highlands sebagai satu pilihan destinasi.

Friday, 23 December 2011

Kebun Bunga & Sayur-Sayuran di Waktu Malam

2 comments | Read more...
Adakah anda pernah melihat suasana malam di kebun-kebun bunga dan ladang-ladang sayur di sekitar Kea Farm, Kuala Terla, Lembah Bertam atau di Blue Valley? Panoramanya sungguh indah dan mengasyikkan. Ada kalanya pemandangannya seperti sebuah bandar yang terletak jauh di tengah hutan di atas bukit dan ada juga pemandangan seperti tempat untuk kapal angkasa mendarat. Tapi saya pasti di ketika malam menjelma di Cameron Highlands, anda lebih suka membekukan diri di hotel-hotel dan rumah-rumah penginapan atau ke Pasar Malam Brinchang untuk membeli belah dari merayau-rayau tak tentu hala. Ye kan. Tapi tak salah jika anda ingin mengetahui lebih mendalam tentang keunikan Cameron Highlands.

 Pemandangan seperti sebuah bandar di kawasan perbukitan yang boleh dilihat di Blue Valley dan Lojing.

 Pemasanga beribu-ribu mentol bertenaga sederhana ini bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan tanaman seperti bunga dan sayur-sayuran. (Teknik moden menggantikan cahaya matahari)

 Banyak lagi tempat-tempat seperti ini boleh dilihat lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman seperti di Trisu, Kg.Raja, Ringlet, Ulu Merah dll.

 Foto dari jauh je. Takut anjing maa. Kalau dekat kelihatan jajaran pokok-pokok bunga pelbagai warna sedang berkembang mekar.

Kabus malam yang sempat dirakamkan di kawasan Blue Valley, Sempadan Pahang - Kelantan.
Kawasan yang paling tebal kabusnya.

Thursday, 29 September 2011

Kem Kembara Murid Ke Gunung Berembun & Khidmat Juru Pandu

0 comments | Read more...
Pada 24/9/2011 seramai 35 orang pelajar dari sebuah sekolah swasta di Ipoh telah mengikuti program perkemahan dan mendaki puncak Gunung Berembun. Untuk merasai suasana kedinginan di tanah tinggi, para pelajar ini bermalam dan memasak sendiri di Kem Sg.Pauh yang terletak di kaki Gunung Berembun. Selain ditemani guru-guru, program kembara ini juga menggunakan khidmat juru pandu arah yang mahir.
Para penunjuk arah ini terdiri dari kaunselor, bekas tentera, bekas jurulatih BTN dan orang asli yang berpengalaman. Kepada individu atau kumpulan yang berminat untuk mendaki gunung-gunung di sekitar Cameron Highlands, perkhemahan atau lain-lain aktiviti rekreasi yang memerlukan perkhidmatan para penunjuk arah atau fasilitator bolehlah menghubungi En.Syamsul 017 9503525 atau Pn.Haslina 013 9289609. Selain itu kumpulan ini juga menyediakan khidmat sewa khemah, juru foto dan peralatan memasak.



 Aktiviti dimulai dengan bacaan doa agar perjalanan selamat dan memberi banyak manafaat.


 Para penunjuk arah sentiasa memberikan komitmen tinggi bagi mencapai matlamat program.


 Menjejak hutan tanah tinggi. Satu pengalaman baru yang tidak ternilai harganya.


 Alhamdulillah semuanya selamat walaupun ada diantara mereka yang hampir pitam!


Berdisiplin. Para pelajar diberikan taklimat sebelum dan selepas aktiviti.


Motivator dan  juru pandu arah yang berpengalaman.
Dari kiri En.Yassin, Pn.Haslina, En.Syamsul, En.Rainnie dan En.Ahmad Rizal.

Thursday, 23 June 2011

Perkhidmatan Afwans Katering Cameron Highlands

1 comments | Read more...
Salam kepada semua pengunjung-pengunjung Tanah Tinggi Cameron Highlands. Kami di Afwans Enterprise Cameron Highlands menawarkan pembekalan makanan secara bungkus kepada semua rombongan yang berkunjung ke tempat peranginan ini. Harga yang ditawarkan oleh Afwans Enterprise adalah seperti berikut;

Sarapan pagi :   RM3.00 (+ air panas)
              (Nasi Lemak/Mee Hon/Kuih Tiaw/Mee Goreng/Nasi Goreng)
----------------------------------------------------------------------------
Makan Tengahari : RM5.00 (+ air mineral)
                     1. (Nasi putih, ayam masak merah,sayur goreng, sambal)
                          atau
                             RM5.50 (+ air mineral)
                     2.  (Nasi ayam special Cameron Highlands-Ayam,
                          salad,tomato, timun, sambal kicap dan sup)  
  -------------------------------------------------------------------------                      
Minum Petang : RM2.00 (+ air panas)
                           Kuih 2 biji dan air teh
--------------------------------------------------------------------------
Makan Malam: RM5.00 (+ air mineral)
                   1. (Nasi putih, ayam masak merah,sayur goreng, sambal)
                        atau
                        RM5.50 (+ air mineral)
                   2.  (Nasi ayam special Cameron Highlands-Ayam,
                          salad,tomato, timun, sambal kicap dan sup)

BARBEQUE :  Pakej A = RM23.00            Ayam
                                                               Jagung Manis Cameron Highlands
                                                                Sosej
                                                                Nasi Goreng Cina
                                                                Sayur Coleslaw
                                                                Sotong
                                                                 Air 2 jenis 


                        Pakej B = RM18.00            Ayam
                                                                  Jagung Manis Cameron Highlands
                                                                  Sosej
                                                                  Nasi Goreng Cina
                                                                  Sayur Coleslaw
                                                                  Air 2 jenis              

                       
Untuk kemudahan pelanggan, pihak kami juga akan membuat penghantaran ke tempat yang dikehendaki oleh pelanggan di sekitar Cameron Highlands. Sila hubungi Kak Nah di talian 019 4221064 / 012-4366210 untuk keterangan lanjut dan tempahan.

Site Info

Statistik

Total Pageviews