Perkampungan Orang Asli Cameron Highlands: Destinasi Bah Renyis

Tuesday 6 March 2012

Nama Bah Renyis mungkin tidak pernah kedengaran di deria pendengaran kita. Mungkin nama yang asing bagi kita yang tidak pernah menjejaki kaki kat sana. Perkampungan orang asli Cameron Highlands Bah Renyis terletak jauh di dalam hutan Cameron Highlands. Untuk pergi ke perkampungan Bah Renyis, anda terpaksa melalui Pos Mensoon, beberapa batu antara Lembah Bertam dan Pos Telanok. Di Pos Mensoon ini lah mempunyai pusat kelompok kampung-kampung Orang Asli yang lengkap dengan sekolah dan asrama. Anda perlu melalui jalan tanah merah yang berlubang dan berbatu-batu besar terbonjol di sana sini. Sejam membetis, anda perlu meniti batang kayu merentangi sebuah sungai kecil. Sebuah kampung Orang Asli dengan sembilan buah rumah (pondok). Dua jam off road mendaki banjaran Titiwangsa yang begitu mencabar dan satu jam berjalan kaki menuruni kaki gunung yang membuatkan kaki bagai mahu tercabut. Terletak jauh di tengah rimba, tidak menghairankan jika semua kanak-kanak yang dilahirkan di sini tidak pernah menjejak kaki ke sekolah.


















Bagi anda yang mencintai keindahan hutan, di sini lah tempatnya. Pemandangan yang cantik dengan gunung ganang yang berkabus. Satu destinasi Cameron Highlands yang indah dan tenang sesuai untuk mereka yang mencintai alam semulajadi. Namun perlu diingat, anda perlu bersusah payah terlebih dahulu untuk sampai ke perkampungan Bah Renyis, satu destinasi Cameron Highlands pilihan. Ini lah keunikan dan keindahan Cameron Highlands sebagai satu pilihan destinasi.

5 comments:

Post a Comment

Site Info

Statistik

Total Pageviews