Kebun Bunga & Sayur-Sayuran di Waktu Malam

Friday 23 December 2011

Adakah anda pernah melihat suasana malam di kebun-kebun bunga dan ladang-ladang sayur di sekitar Kea Farm, Kuala Terla, Lembah Bertam atau di Blue Valley? Panoramanya sungguh indah dan mengasyikkan. Ada kalanya pemandangannya seperti sebuah bandar yang terletak jauh di tengah hutan di atas bukit dan ada juga pemandangan seperti tempat untuk kapal angkasa mendarat. Tapi saya pasti di ketika malam menjelma di Cameron Highlands, anda lebih suka membekukan diri di hotel-hotel dan rumah-rumah penginapan atau ke Pasar Malam Brinchang untuk membeli belah dari merayau-rayau tak tentu hala. Ye kan. Tapi tak salah jika anda ingin mengetahui lebih mendalam tentang keunikan Cameron Highlands.

 Pemandangan seperti sebuah bandar di kawasan perbukitan yang boleh dilihat di Blue Valley dan Lojing.

 Pemasanga beribu-ribu mentol bertenaga sederhana ini bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan tanaman seperti bunga dan sayur-sayuran. (Teknik moden menggantikan cahaya matahari)

 Banyak lagi tempat-tempat seperti ini boleh dilihat lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman seperti di Trisu, Kg.Raja, Ringlet, Ulu Merah dll.

 Foto dari jauh je. Takut anjing maa. Kalau dekat kelihatan jajaran pokok-pokok bunga pelbagai warna sedang berkembang mekar.

Kabus malam yang sempat dirakamkan di kawasan Blue Valley, Sempadan Pahang - Kelantan.
Kawasan yang paling tebal kabusnya.

2 comments:

  • Anonymous says:
    12 March 2012 at 20:47

    Another world's wonders in the making.. Gallery BiGDee House of Magic Potions world's first nano microfungus potions- Taman Royal Lily, Tanah Rata. Come and experience the wonders!

  • Unknown says:
    10 September 2013 at 09:44

    pembekal baja bio organik (bio organik plantataion) baja siap bungkus dan belum di bungkus ada sijil di iktiraf oleh (iso) anak syarikat felcra berhad,,baja unsur kompos organik campuran lava gunung berapi,dan abu tandan sawit bakar dan hampas tandas sait di proses, BAJA YANG TERHANGAT DI PASARAN,UNTUK TANAMAN POKOK SAWIT,TEBU,SAYUR DAN LAIN LAIN
    BERMINAT HUBUNGI PGAWAI PERMASARAN FELCRA BERHAD 0124494491/0177710136 HAFIZ

Post a Comment

Site Info

Statistik

Total Pageviews