You are here: Home » tanah tinggi cameron highlands » Sejarah Cameron Highlands | Keindahan Cameron Highlands
Friday, 18 March 2011
Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.
Mukabumi.
Pengunjung boleh ke sini dari Tapah, Perak.Jalan dari Simpang Pulai, Ipoh juga boleh sampai ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar. Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang, Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point, Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf. Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. di sini juga terletaknya Gunung Beremban, Gunung Jasar , Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet dan Kampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik.
Sejarah
Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.
Keistimewaan.
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia
Sumber: Wikipedia
P.S: Jika anda rasa artikel ini dapat memberi manfaat, minta tolong anda share di facebook, blog, twitter, dan email anda ya. Klik button share di bawah ek. Terima kasih.
Labels:
cameron highlands,
keindahan cameron highlands,
keistimewaan cameron highlands,
mukabumi cameron highlands,
pusat peranginan cameron highlands,
sejarah cameron highlands,
tanah tinggi cameron highlands
Related Posts
Perjalanan Dari Simpang Pulai Ke Cameron HighlandsJarak antara Simpang Pulai, Perak ke Cameron Highlands adalah lebih kurang 89 km (Tanah Rata) yang memakan masa perjalanan lebih dari satu jam. Keadaan fizikal jalan ini lebar, baik dan selesa dilalui namun anda perlu juga berhati-hati kerana selain mempunyai banyak selekoh, laluan mendaki ini ... readmore
Cuaca dan Suhu.Tanah Tinggi Cameron mengalami iklim sederhana. Bacaan suhu harian adalah antara 12°C hingga 26°C. Pada awal pagi bacaan suhu adalah antara 13°C - 16°C dan akan meningkat kepada 23°C - 26°C pada waktu tengahari. Suhu akan jatuh semula menjadi 12 °C - 15°C&nb ... readmore
Ekspedisi Gunung Brinchang Cameron HighlandsGunung Brinchang di Cameron Highlands adalah salah satu destinasi menarik yang boleh dilawati oleh pelancong atau sesiapa sahaja yang ingin menikmati keindahan dan kesegaran udara di Puncak Gunung Brinchang Cameron Highlands.Ketinggian gunung Brinchang adalah 2,031 meter (6,666 kaki). Anda bo ... readmore
Perjalanan Dari Tapah Ke Cameron Highlands. Jarak perjalanan dari Pekan Tapah ke Tanah Rata, Cameron Highlands adalah sejauh 60 km. Pemanduan akan memakan masa lebih kurang satu jam setengah. Anda hanya boleh memandu dengan kelajuan antara 40 - 60 km/j sahaja kerana laluan mendaki ini mempunyai banyak selekoh tajam dan jalan yang agak ... readmore
Kg.Tradisional Taman Sedia Satu daripada tarikan di Cameron Highlands ialah kampung tradisional Taman Sedia. Kampung ini terletak hanya kira-kira 600 meter dari Pekan Tanah Rata. Ianya merupakan kampung penempatan melayu yang pertama di daerah ini. Ianya dibuka oleh orang-orang melayu pada tahun 1959 dan dimajukan oleh LKNP ... readmore
Bandar Tanah RataBandar Tanah Rata adalah pusat bandar utama di Cameron Highlands. Di bandar ini letaknya pusat pentadbiran kerajaan dan pusat perniagaan. Tanah Rata mendapat namanya dari penemuan dan penempatan awal di kawasan tanah yang rata. Ianya terletak kira-kira 209 km dar ... readmore
Perkampungan Orang Asli Cameron Highlands: Destinasi Bah RenyisNama Bah Renyis mungkin tidak pernah kedengaran di deria pendengaran kita. Mungkin nama yang asing bagi kita yang tidak pernah menjejaki kaki kat sana. Perkampungan orang asli Cameron Highlands Bah Renyis terletak jauh di dalam hutan Cameron Highlands. Untuk pergi ke perkampungan Bah Renyis, anda t ... readmore
Destinasi Cameron Highlands: Dulu pekan kecil, kini tarikan pelancong Sumber gambar: Kosmo online KEPULAN kabus putih yang melitupi sebahagian besar kehijauan di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands sudah cukup untuk menterjemahkan suasana pada awal pagi itu. Dengan persekitaran sebegitu adalah mustahil jika seseorang boleh keluar rumah hanya memakai ... readmore
Perjalanan Dari Bandar Gua Musang Ke Cameron Highlands. Perjalanan dari arah Gua Musang ke Cameron Highlands adalah sejauh 112 km. Jalan ini adalah jalan penghubung Negeri Kelantan, Negeri Pahang sehinggalah ke Simpang Pulai, Perak - Laluan di sebelah Utara Timur Laut Semenanjung Malaysia. Perjalanan dari Gua Musang ke Cameron Highlands akan mengambil ... readmore
PenginapanTerdapat banyak jenis penginapan yang ditawarkan untuk anda dan keluarga terutamanya di sekitar Tanah Rata dan Brinchang. Dari jenis homestay, apartment percutian, hotel bajet sehinggalah hotel bertaraf bintang. Terdapat juga hotel-hotel yang menyediakan pakej untuk kursus dan persidangan. Tempat p ... readmore
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment