Ladang Teh Boh Sg.Palas

Friday, 29 April 2011

Ladang Teh Boh Sungai Palas merupakan lokasi pelancongan terkenal di dalam dan di luar negara. Ladang ini terletak kira-kira 3.5 km dari Brinchang dan hanya 500 meter dari Kea Farm. Ia merupakan salah satu daripada 3 ladang teh terbesar yang diuruskan oleh Syarikat Ladang Teh Boh Cameron Highlands, kawasan penanaman teh dengan pemandangan yang sungguh indah, damai dan nyaman - terbentang luas saujana mata memandang. Gelombang bukit-bukau dengan jaluran tanaman teh yang menghijau seluas 8,000 ekar yang diberi nama jolokan the big green carpet atau the green wave.
Penanaman teh di ladang ini diperkenalkan oleh John Archibald Russel, anak kepada seorang pegawai british pada 1929 bersama seorang rakan kongsi berpengalaman dari Sri Lanka bernama A.B.Milne.
Untuk sampai ke sini anda perlu menaiki kenderaan ringan dengan menyusuri jalan yang agak sempit, berliku dan perlu membunyikan hon ketika melalui selekoh tajam. Percutian anda ke Cameron Highlands seakan tidak lengkap jika tidak berkunjung ke ladang teh tertua ini. Anda pasti tertarik dengan panorama Ladang Teh Sungai Palas dan akan kembali lagi untuk mengingati nostalgia lalu. Ianya pasti meninggalkan kenangan terindah dalam hidup anda.



 Jalan masuk Ke Ladang Teh Boh Sg.Palas. Berhati-hati ketika melalui jalan yang sempit ini.



Anjung tinjau. Di sini anda boleh menikmati pemandangan sambil menghirup teh panas.


Banyak maklumat yang boleh diperolehi tentang sejarah dan perkembangan tanaman teh di sini.


Syarikat Boh di Malaysia mengeluarkan 4 juta kilogram teh setahun
bersamaan dengan 5.5 juta cawan teh sehari.

 
Para pengunjung sememangnya tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai
dan merakamkan suasana indah di ladang teh.


Pelbagai produk teh Boh terdapat di Tea Shop Centre.
Anda boleh membeli teh kesukaan anda di sini.

Anda boleh melihat sendiri bagaimana daun teh diproses di kilang ini.

Pokok teh boleh hidup dan mengeluarkan hasil sehingga lebih seratus tahun. 
Teh yang ditanam di sini adalah dari jenis black tea.

 Pokok teh tanah tinggi  hidup subur dengan iklim sederhana dengan suhu antara 12 °C - 26°C.






2 comments:

  • Ekinhazlan says:
    28 July 2012 at 21:07

    as salam~ boleh tak beri sedikit informasi..macam mana nak buat lawatan disini~.. bagaimana saya nak berhubung degan pihak sana.?>

  • Anonymous says:
    4 January 2024 at 01:08

    ada ka kirja

Post a Comment

Site Info

Statistik

Total Pageviews