Bandar Tanah Rata

Monday 28 March 2011

Bandar Tanah Rata adalah pusat bandar utama di Cameron Highlands. Di bandar ini letaknya  pusat pentadbiran kerajaan dan pusat perniagaan. Tanah Rata mendapat namanya dari penemuan dan penempatan awal di kawasan tanah yang rata. Ianya terletak kira-kira 209 km dari Kuala Lumpur, 60 km dari Tapah, 87 km dari Simpang Pulai, Ipoh dan 110 km dari Gua Musang. Anda juga boleh sampai ke sini melalui jalan Raub - Sg.Koyan sejauh 150 km. Seperti pusat bandar yang lain, bandar ini juga menerima pembangunan infrastruktur yang pesat. Terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai jenis barangan, cenderahati, dan aneka makanan. Perkhidmatan pengangkutan, pusat info pelancongan, cafe, spa, homestay dan hotel juga ditawarkan. Bandar ini juga tidak terlepas dari kesibukan dan kesesakan ketika musim cuti. Tempat-tempat menarik yang perlu anda lawati di sekitar bandar ini ialah Taman Agroteknologi Mardi, Robinson Waterfall, Parit Fall, Kampung Taman Sedia dan Ladang Teh Bharat.




Jarak kilometer dari bandar Tanah Rata  melalui jalan
Ringlet dan Tapah


Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Pahang.


Antara institusi kewangan yang terdapat di bandar ini.

Deretan kedai  yang sedia menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada anda.


Jalan utama ini akan menjadi sesak ketika musim cuti sekolah.


Terminal Freesia. Terminal bas dan teksi ke Kuala Lumpur dan Ipoh


Perkhidmatan bas ekspress dari Kuala Lumpur dan Ipoh juga disediakan

Pusat rekreasi yang terletak di kampung Taman Sedia

































1 comments:

  • Azrisham says:
    28 March 2011 at 06:22

    Informasi yang bagus kepada sesiapa yang ingin pergi bercuti di Cameron Highlands

Post a Comment

Site Info

Statistik

Total Pageviews