Jungle Trekking No.3

Thursday, 24 March 2011


Jungle trek no.3 adalah satu daripada 5 trek laluan untuk mendaki ke puncak Gunung Berembun setinggi 1840 m.a.p.l. Jungle trek no.3 boleh ditemui apabila anda menyusuri jalan pintas ke homestay Kg.Taman Sedia (melalui jalan padang golf Sultan Ahmad Shah) atau masuk melalui simpang rumah peranginan Smoke House. Jarak laluan adalah sejauh 2.4212 km. Namun untuk sampai ke puncak begitu mencabar dan sungguh memenatkan kerana terpaksa memanjat bukit dan menuruni lurah yang berselirat dengan akar pokok kayu. Anda boleh juga mendaki melalui Stesyen Mardi (trek no.6) yang jaraknya sejauh 3 km ataupun melalui Pejabat Hutan Cameron Higlands. Lain-lain laluan ialah trek no.5 sejauh 1.34 km, laluan no.7 sejauh 2 km dan laluan no.8 sejauh 2.2 km. Sepanjang laluan anda akan merasai keunikan flora & fauna di hutan pergunungan yang berusia jutaan tahun yang diselaputi lumut seindah baldu serta struktur tanah pergunungan yang lembut seperti span kerana tekstur dan komposisi tanah terdiri dari daun-daun pokok yang mereput. Iklim yang dingin kadangkala berkabus serta ketiadaan serangga penghisap darah menjadikan hutan pergunungan suatu keunikan yang perlu diterokai.


Sebelum memulakan perjalanan. Lihat sahaja kecantikan bunga carnation di belakang.


Laluan ini sentiasa menanti para pencinta alam termasuk penulis.


Menuruni lurah & menyusuri denai bersama anak-anak lebih menyeronokkan!


Anak sungai yang terdapat di laluan ini. Lihatlah kejernihan airnya.


Lumut segar yang tumbuh menumpang. Sesuai dengan suasana yang dingin dan nyaman.


Anda perlu merangkak untuk meyempurnakan perjalanan di laluan ini.


Lumut yang menyelimuti tanah pergunungan.

Di puncak Gunung Berembun. Kelihatan alunan bukit-bukau saujana mata memandang.




0 comments:

Post a Comment

Site Info

Statistik

Total Pageviews