Perjalanan Dari Raub ke Cameron Highlands.

Tuesday 26 April 2011

Terdapat satu lagi jalan penghubung antara daerah-daerah negeri Pahang dengan Cameron Highlands. Jalan baru ini telah mula digunakan pada pertengahan tahun 2010. Jalan ini dapat mempercepatkan perjalanan, menjimatkan kos dan masa khususnya bagi warga Pahang untuk datang berkunjung ke Cameron Highlands. Jalan yang dimaksudkan ialah Jalan Raub-Sg.Koyan-Cameron Highlands dengan jarak perjalanan lebih kurang 141 km. Jarak perjalanan dari Raub ke Felda Sg.Koyan adalah lebih kurang 50 km (45 minit masa pemanduan). Dari simpang Sg.Koyan anda perlu menempuh 91 km lagi untuk sampai ke Cameron Highlands dengan masa perjalanan lebih kurang satu jam setengah. Struktur dan fizikal jalan ini berkeadaan baik, selamat dan selesa dilalui. Melalui jalan ini anda tidak perlu lagi menyusuri Jalan Tapah yang berliku atau menempuh Jalan Gua Musang yang mendaki. Suasana jalan ini berkeadaan lengang dan sunyi kerana ia belum begitu diketahui umum. Jalan yang membelah kehijauan hutan dan bukit-bukau negeri Pahang ini juga menyajikan panorama indah. Seperti jalan Tapah, Simpang Pulai dan Gua Musang, jalan ini juga berstruktur mendaki tetapi tahap ketinggiannya tidaklah begitu terasa. Anda juga akan melalui beberapa pos dan penempatan orang asli seperti Pos Betau, Pos Telanok, Kg.Leryar, Kg. Sg Kabuk sebelum tiba ke pekan kebun sayur-sayuran Lembah Bertam dan Pekan Ringlet. Sebagai info untuk memudahkan anda datang berkunjung ke Cameron Highlands melalui jalan ini, saya sertakan beberapa keping gambar sebagai panduan.


Permulaan perjalanan dari Bandar Raub. Jalan ini juga adalah jalan alternatif ke Kota Bharu.


Keadaan jalan antara Bandar Raub - Felda Sg.Koyan yang agak sempit.


Jalan baru. Simpang dan arah Ke Cameron Highlands dari Felda Sg.Koyan.

Lebar dan selesa tetapi lengang. Suasana dan keadaan jalan menuju ke Cameron Highlands.


Kekal seperti sediakala. Sebahagian panorama hutan hujan khatulistiwa yang sempat dirakam.


Jalan ini juga tiada liputan talian telefon. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan  baik sebelum memulakan perjalanan. Perjalanan secara konvoi adalah digalakkan.
 

Jejambat ini dibina melengkari lereng bukit.


Perkampungan orang asli Kg.Sg.Kabuk.
Kawasan ini juga dikelilingi kebun sayur di lereng-lereng bukit


Pekan Ringlet. Anda sudah memasuki daerah Cameron Highlands.




4 comments:

  • MRS. K ^ibuhadifhessa^ says:
    4 January 2012 at 00:23

    thanks share

  • Unknown says:
    30 November 2015 at 17:12

    Tkaseh.. perkongsian yg sgt membantu..

  • Muzika Akustika says:
    24 May 2016 at 16:50

    Terima kasih. Maklumat berguna. Kalau mencari homestay yang bersih, selesa dan nyaman boleh ke Fauziz Homestay di Kg. Taman Sedia di Cameron Highlands. Boleh wassap saya di 0174977811. Terima kasih.

  • Anonymous says:
    14 April 2024 at 18:45

    TQ info berguna

Post a Comment

Site Info

Statistik

Total Pageviews