Ladang Teh Bharat, Tanah Rata.

Saturday 7 May 2011


Laa...cerita ladang teh tak habis lagi ke? Ya, Ini ada satu lagi ladang teh yang terletak betul-betul di tepi jalan utama antara Pekan Ringlet dan Tanah Rata. Ladang tersebut ialah  Ladang Teh Bharat yang terletak kira-kira 12 km dari Ringlet dan 3 km dari Tanah Rata. Ladang ini mula beroperasi pada tahun1933 dengan keluasan penanaman pokok teh seluas 1,600 ekar. Ianya diusahakan oleh Bharat Tea Plantations iaitu syarikat ladang teh kedua terbesar di Cameron Highlands. Ladang ini ditanam dengan teh jenis Camellia Sinensis yang berasal dari Uttar Pradesh, India. Teh ini dikenali dengan nama Cameron Valley. Satu lagi lokasi Ladang Teh Bharat terletak berhampiran pekan kecil Kuala Terla iaitu kira-kira 18 km dari Tanah Rata. Ladang teh ini juga terletak di tepi jalan utama. Singgahlah berkunjung jika anda berkesempatan ke pekan tersebut.



 
Pintu masuk utama untuk anda bersiar-siar di dalam Ladang Teh Bharat bersama keluarga.


Alternatif untuk mengelakkan kesesakan di ladang teh lain ialah dengan datang berkunjung ke sini.


Bharat Tea House. Di sini terdapat juga kedai menjual teh, barangan cenderahati, pakaian dan kemudahan tandas awam.


Pusat rehat ini juga menyediakan ruang untuk anda melihat pemandangan sambil merakam gambar.


Pemandangan Ladang Teh Bharat yang memukau.


Kontur dan landskap 'lautan pokok bonzai' yang menarik.


0 comments:

Post a Comment

Site Info

Statistik

Total Pageviews