Pasar Malam Brinchang

Monday, 4 April 2011


Pasar Malam Brincang adalah satu lagi lokasi outdoors shopping yang perlu anda kunjungi. Ianya terletak di pinggir jalan utama di Pekan Brinchang. Di sini anda boleh membeli pelbagai jenis barangan terutamanya hasil-hasil pertanian segar seperti pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan, dan sebagainya yang dijual dengan harga yang berpatutan. Terdapat juga gerai yang menjual pelbagai cenderamata, pakaian, bantal hiasan, madu lebah, makanan dll. Ianya dibuka seawal jam 2.30 petang dan ditutup jam 11.30 malam pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan sepanjang cuti persekolahan. Suasana di sini sentiasa sesak dengan  orang ramai dan kenderaan yang lalu lalang kerana biasanya pelancong yang datang ke Cameron Highlands tidak mahu melepaskan peluang untuk membeli belah di sini. Saya pasti anda begitu juga. Kalau datang dengan kereta pandai-pandailah cari parking ya.

 

 Pemandangan biasa ketika cuti. Kenderaan dari luar akan semakin bertambah
apabila menjelang petang.


Diantara para pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai suasana 
 pasar malam di Cameron Highlands.


Berbagai jenis buah yang telah dikeringkan. Sesuai untuk dibawa pulang.


 Jagung madu. Boleh dimakan mentah tapi elok direbus dahulu.


Ros pelbagai warna.
Hadiah yang sesuai untuk mereka yang datang untuk berbulan madu.

.
Jika buah strawberry terlalu banyak dan jumlah pelancong berkurangan
anda akan dapat membelinya dengan harga yang murah.

 Antara sayur-sayuran yang dijual. Selonggok hanya Rm 10.00.


 Buah tomato ceri. Sesuai untuk penambah perisa masakan,
hiasan makanan atau dibuat ulam sahaja. 


 Inilah kononnya buah jambu epal Cameron Highlands.


0 comments:

Post a Comment

Site Info

Statistik

Total Pageviews