Kea Farm adalah satu tempat persinggahan dan pusat jual beli harian yang sentiasa dikunjungi tanpa mengikut musim. Biasanya pengunjung akan datang ke sini untuk membeli sayur-sayuran dengan jumlah yang banyak untuk dibawa pulang. Kea Farm terletak lebih kurang 15 km dari Kg.Raja dan 3 km dari Pekan Brinchang. Kedudukannya juga tidak jauh dari Hotel Equatorial. Kea Farm berperanan sebagai pusat jualan hasil-hasil ladang dan pertanian yang terbesar di Tanah Tinggi Cameron. Selain menjual hasil pertanian Kea Farm juga menyediakan gerai menjual barangan cenderahati, bantal hiasan dan makanan. Kedudukan kawasan jual beli dan jalan yang agak sempit, berliku dan terletak di kawasan yang berbukit menyebabkan Kea Farm sering mengalami kesesakan. Jangan terkejut jika anda disapa oleh gadis-gadis penjual sayur dari seberang.
Kea Farm. Laluan mendaki dari Pekan Brinchang menuju ke Kampung Raja.
Jalan utama ini sering mengalami kesesakan lalulintas kerana kekurangan tempat letak kereta
ditambah pula dengan kesibukan aktiviti membeli-belah.
Umpama pekan koboi. Kea Farm akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat.
Di Kea Farm lebih banyak pilihan bunga-bungaan jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain.
Pilih yang mana satu. Beraneka barangan perhiasan dan cenderamata.
Antara jenis sayuran yang terdapat di sini. Sayur-sayuran ini dibawa keluar dari kebun yang
terletak di celah-celah bukit dengan laluan yang sukar. Kebanyakannya diangkut dengan land rover.
0 comments:
Post a Comment