Di Cameron Highlands terdapat sebuah bukit yang tidak diketahui namanya setinggi bangunan 15 tingkat yang berdiri megah di belakang kuarters JKR, Sg.Burung. Kami memulakan pendakian seramai 10 orang termasuk 6 orang rakan kecil kami yang berminat dalam aktiviti ini. Kami memulakan langkah awal dengan melalui sebuah kebun sayur yang terletak di lereng bukit tersebut. Dari sini kami menyusuri satu jejak jungle walk yang telah lama ditinggalkan. Sebenarnya jungle walk ini tidak termasuk dalam 14 laluan jungle walk yang telah diwartakan oleh Pejabat Hutan Cameron Highlands. Dari kaki bukit kami terpaksa merentasi tumbuhan hutan berduri yang sering memaut kaki. Ada ketikanya kami pula yang terpaksa memaut akar pokok kayu untuk mendaki. Laluan ini sememangnya sukar dan mencabar bagi kami yang agak baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini. Pendakian hanya memakan masa kira-kira 45 minit sahaja. Kepuasan jelas terasa apabila berjaya berada di puncak bukit sambil menikmati pemandangan gunung-ganang Negeri Pahang yang sangat indah.
Berhenti sejenak melepas lelah ketika pendakian.
Tumbuhan hutan pergunungan sememangnya unik dan mengkagumkan.
Merangkak di 'lorong tenggiling'. Lubang-lubang haiwan eksotik itu juga terdapat di sini.
Keadaan sekeliling terasa seperti di alam fantasi. Jauh dari suasana kebiasaan.
Walaupun gelap dan sunyi, tiada gangguan dari nyamuk walaupun seekor.
Duduk berehat di atas 'tilam bumi'.
Walaupun berkumpul seperti ini suasana sekeliling terasa nyaman dan segar.
Walaupun berkumpul seperti ini suasana sekeliling terasa nyaman dan segar.
Spesis periuk kera dan orkid hutan banyak terdapat di puncak bukit ini.
Pemandangan dari atas bukit. Puncaknya terdiri dari batuan pejal yang ditumbuhi
pokok yang hidup di atas batu dan sedikit tanah dari reputan daun-daun.
Lihatlah lorong jungle walk di atas bukit berbatu ini. Hati-hati jangan tersilap langkah.
Kepuasan jelas terasa ketika berada di puncak bukit.
Kami pasti akan mendaki lagi.
Siapa yg sy nk refer untuk jd guide jungle walk ni
Siapa yg sy nk refer untuk jd guide jungle walk ni