Perjalanan Dari Simpang Pulai Ke Cameron Highlands

Saturday, 16 April 2011

Jarak antara Simpang Pulai, Perak ke Cameron Highlands adalah lebih kurang 89 km (Tanah Rata) yang memakan masa perjalanan lebih dari satu jam. Keadaan fizikal jalan ini lebar, baik dan selesa dilalui namun anda perlu juga berhati-hati kerana selain mempunyai banyak selekoh, laluan mendaki ini mempunyai gaung dan bukit yang berisiko mengalami tanah runtuh. Kemalangan sering berlaku di jalan ini kerana sikap pemandu yang cuai dan tergesa-gesa untuk memotong kenderaan di hadapan. Pasti kita tidak lupa dengan tragedi kemalangan ngeri pada penghujung tahun 2010 yang membabitkan sebuah bas pelancong di KM 15 Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands yang mengorbankan 26 nyawa. Di sepanjang perjalanan anda pasti akan terpesona dengan keindahan gunung-ganang yang berbalam-balam serta suasana persekitaran yang mendamaikan. Anda akan menghampiri destinasi anda apabila sudah merasai perubahan suhu dingin  persekitaran dan pemandangan rumah-rumah plastik pelindung sayur di lereng-lereng bukit. Tapi awas jangan terlajak hingga ke Bandar Gua Musang, Kelantan kerana pusat tumpuan pelancong di Cameron Highlands perlu masuk ke simpang Kampung Raja.


Perjalanan dari Bandaraya Ipoh ke Simpang Pulai. 
Sebelum meneruskan perjalanan pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik 
dengan tangki bahanapi mencukupi.

 Susur keluar ke Cameron Highlands dari Ipoh dan Simpang Pulai. Walaupun jarak perjalanan agak jauh berbanding Jalan Tapah, ramai pengunjung yang memilih jalan ini.


Struktur jalan ini berkeadaan baik. Anda akan melalui kawasan industri batu kapur
dan penempatan orang asli.


Keindahan alam anugerah Tuhan. Pemandangan bukit bukau yang menyejukkan mata.



Kelihatan susur jalan Spg Pulai - Cameron Highlands di seberang sana. Struktur jalan yang dibina
di lereng bukit dan lurah sedalam lebih kurang 300 meter.

Selamat datang ke Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur.


A little waterfall. Pemandangan dalam perjalanan.

3 comments:

  • Unknown says:
    17 March 2016 at 19:03

    Dulu thn2010 aku pernah ikut membangun jalan itu....biarpun status aku dulu pendatang haram tp aku juga berjasa...aku tinggal di situ selama 6tshun cik...terima kasih malysia.

  • Unknown says:
    17 March 2016 at 19:08

    Dulu thn2010 aku pernah ikut membangun jalan itu....biarpun status aku dulu pendatang haram tp aku juga berjasa...aku tinggal di situ selama 6tshun cik...terima kasih malysia.

  • Unknown says:
    4 January 2021 at 09:02

    Good sharing.. Details..

Post a Comment

Site Info

Statistik

Total Pageviews