Thursday, 24 March 2011

Kg.Tradisional Taman Sedia

0 comments | Read more...

Satu daripada tarikan di Cameron Highlands ialah kampung tradisional Taman Sedia. Kampung ini terletak hanya kira-kira 600 meter dari Pekan Tanah Rata. Ianya merupakan kampung penempatan melayu yang pertama di daerah ini. Ianya dibuka oleh orang-orang melayu pada tahun 1959 dan dimajukan oleh LKNP pada 1969. Menurut dongeng dahulukala kampung ini merupakan sebuah taman bunian yang sangat indah. Oleh kerana taman ini telah tersedia sejak dahulu lagi, tempat ini terus dikenali sebagai Kampung Taman Sedia yang bermaksud taman yang telah tersedia. Kini terdapat sebanyak 55 buah rumah dengan penduduk seramai 300 orang. Selain dari pengusaha kebun strawberry, kebun sayur, kedai cenderahati dan chalet para pengunjung juga boleh menikmati produk dan buah strawberry segar yang dijual di kedai-kedai di sepanjang jalan kampung ini. Ianya juga merupakan satu daripada persinggahan wajib para pelancong.



 
       Pintu gerbang yang sentiasa menyambut kedatangan pengunjung. 
    Jalan masuk ke Kampung Taman sedia dari Pekan Tanah Rata
                  

 Replika segar. Dataran Info Kg.Taman Sedia.


 
Selain barangan cenderahati dan bunga-bungaan penginapan juga ditawarkan.
                          Antara premis yang menjual produk strawberry.Taman Agro Al Mashoor


HAS'R Strawberry


 
                                      Jalan masuk hanya kira-kira 1.8 km dari Pekan Brinchang.


Pemandangan Kampung Taman Sedia dari atas.
Foto dari Jalan utama antara Tanah Rata dan Brinchang.













Jungle Trekking No.3

0 comments | Read more...

Jungle trek no.3 adalah satu daripada 5 trek laluan untuk mendaki ke puncak Gunung Berembun setinggi 1840 m.a.p.l. Jungle trek no.3 boleh ditemui apabila anda menyusuri jalan pintas ke homestay Kg.Taman Sedia (melalui jalan padang golf Sultan Ahmad Shah) atau masuk melalui simpang rumah peranginan Smoke House. Jarak laluan adalah sejauh 2.4212 km. Namun untuk sampai ke puncak begitu mencabar dan sungguh memenatkan kerana terpaksa memanjat bukit dan menuruni lurah yang berselirat dengan akar pokok kayu. Anda boleh juga mendaki melalui Stesyen Mardi (trek no.6) yang jaraknya sejauh 3 km ataupun melalui Pejabat Hutan Cameron Higlands. Lain-lain laluan ialah trek no.5 sejauh 1.34 km, laluan no.7 sejauh 2 km dan laluan no.8 sejauh 2.2 km. Sepanjang laluan anda akan merasai keunikan flora & fauna di hutan pergunungan yang berusia jutaan tahun yang diselaputi lumut seindah baldu serta struktur tanah pergunungan yang lembut seperti span kerana tekstur dan komposisi tanah terdiri dari daun-daun pokok yang mereput. Iklim yang dingin kadangkala berkabus serta ketiadaan serangga penghisap darah menjadikan hutan pergunungan suatu keunikan yang perlu diterokai.


Sebelum memulakan perjalanan. Lihat sahaja kecantikan bunga carnation di belakang.


Laluan ini sentiasa menanti para pencinta alam termasuk penulis.


Menuruni lurah & menyusuri denai bersama anak-anak lebih menyeronokkan!


Anak sungai yang terdapat di laluan ini. Lihatlah kejernihan airnya.


Lumut segar yang tumbuh menumpang. Sesuai dengan suasana yang dingin dan nyaman.


Anda perlu merangkak untuk meyempurnakan perjalanan di laluan ini.


Lumut yang menyelimuti tanah pergunungan.

Di puncak Gunung Berembun. Kelihatan alunan bukit-bukau saujana mata memandang.




Wednesday, 23 March 2011

Apartment Bajet Cameron Highlands.

5 comments | Read more...
Khidmat Sewaan Apartment Dihentikan Untuk Sementara Waktu. Harap Maklum! Tiada Lagi Khidmat Sewaan Apartment Sehingga Diberitahu Kelak!



Adakah anda ingin bercuti di Cameron Highlands? Tiada Tempat Penginapan dan Sedang Mencarinya?

Kami menyediakan satu tawaran menarik untuk anda iaitu:

SEWAAN
APARTMENT BAJET CAMERON HIGHLANDS 3 BILIK.

Kami menawarkan penginapan (Untuk Muslim shj) dgn harga berpatutan, selesa, dan bersih untuk dijadikan tempat bermalam anda.

Lihat Apakah Kemudahan Yang Kami Sediakan :-

Lokasi:
Taman Royal Lily, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands,
Pahang.


Waktu masuk (Check In): 2.00 petang
Waktu Keluar (Check Out): 12.00 tengah hari

Kemudahan yang disediakan:


-->> Tiga Bilik Tidur, dua Bilik Air, Perabut
-->> Tempat tidur yang selesa
--->> Sofa Bed & Tilam tambahan disediakan.

-->> Lengkap, Tv + Astro, Peralatan Memasak Lengkap.
--->> Peti Sejuk,Water Heater, Rice Cooker dan Dapur Gas.



Keistimewaan:-

-->> Berhampiran dengan Bank, Kedai Makan, Kedai dobi dan Kedai Runcit.
-->> Hanya 10 minit ke Pekan Brinchang.

-->> Jarak ke Pekan Tanah Rata hanya 1 minit memandu & 5 minit berjalan kaki
-->> Kawasan tempat letak kereta yang luas
-->> Boleh dihuni antara 10-12 orang termasuk kanak-kanak.
-->> Persekitaran yg nyaman, selesa dan tiada pencemaran bunyi
--->> Discount utk tempahan lebih satu hari.

-->> Untuk MUSLIM sahaja.
-->> Berhampiran dengan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati


Kadar Sewa/hari: Lihat di bawah











Pakej 1:

RM200 RM150 (Diskaun)
RM150 untuk hari biasa (Isnin - Khamis).



Pakej 2:

RM250 RM200(Diskaun)
RM200 untuk hari (Jumaat, Sabtu, Ahad)



Pakej 3:

RM250 - RM300 (Diskaun)
Untuk Cuti Umum & Cuti Sekolah.


Anda berminat? Tempah Sekarang!

Hubungi Mohd Fauzi di ...

Cari kami di Facebook di sini www.facebook.com/destinasicameronhighlands

Monday, 21 March 2011

Ekspedisi Gunung Brinchang Cameron Highlands

0 comments | Read more...
Gunung Brinchang di Cameron Highlands adalah salah satu destinasi  menarik yang boleh dilawati oleh pelancong atau sesiapa sahaja yang ingin menikmati keindahan dan kesegaran udara di Puncak Gunung Brinchang Cameron Highlands.Ketinggian gunung Brinchang adalah 2,031 meter (6,666 kaki).

Anda boleh pergi dan sampai ke Gunung Brinchang dengan kenderaan atau berjalan kaki (jungle trekking). Sampai ke puncak Gunung Brinchang adalah kepuasan bagi pendaki. Anda boleh lihat kabus menyelimuti udara dan boleh menghirup udara segar dan nyaman. Gambar di bawah semasa pendakian Gunung Brinchang.

 Bergambar kenangan sebelum memulakan ekspedisi. Adik Dhia juga bersemangat untuk mendaki Gunung Brinchang

Sesukar manapun halangan dengan semangat kental pasti akan berjaya


Inilah yang dikatakan mossy forest.


 Menjengah di bawah bongkah kayu berusia ribuan tahun. Hutan ini sentiasa lembab dan berlumpur.

Setelah bertungkus lumus mendaki tiba jua ke destinasi unik alam hutan


Alangkah puas menikmati anugerah tuhan


Di puncak Gunung Brinchang


Ladang Teh Sungai Palas. Lokasi yang boleh ditemui ketika menuruni gunung Brinchang di laluan lain.



Site Info

Statistik

Total Pageviews